TUMBUHAN UBATAN TRADISIONAL
Banyak rahsia alam telah
tersingkap melalui penggunaan tumbuhan sebagai ubatan. Sejak zaman
berzaman manusia telah mendapat khasiat daripada tumbuhan.
Orang Melayu khususnya telah lama menggunakan tumbuhan untuk
mengubati penyakit. Sebahagian besar tumbuhan yang berubat dan yang
boleh dijadikan ramuan dalam mengubati penyakit boleh ditemui di sekitar
kawasan rumah dan kediaman.
Kebanyakan tumbuhan ini ditanam sejak zaman berzaman
oleh nenek moyang kita sebagai tanaman hiasan dan juga untuk dijadikan
ubat. Ubat-ubat ini biasanya disediakan dengan mencampurkan beberapa
jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian yang tertentu supaya lebih mujarab.
Kadangkala, ubat ini juga dijampi dan diikuti dengan doa dan petua-petua
tertentu.
Bahagian-bahagian yang sering digunakan termasuklah
akar, batang, bunga, pucuk dan daun. Bahagian-bahagian ini biasanya
direbus dan diminum airnya. Terdapat juga bahagian tumbuhan
yang diasah dan disapukan airnya kepada bahagian yang sakit.
Setiap tumbuhan yang ingin digunakan sebagai
ubat hendaklah dikenalpasti dengan betul. Ini kerana tumbuhan yang
berbeza, dan ada juga yang boleh memudaratkan.
Tumbuhan ubatan juga perlu diambil dalam sukatan
yang ditentukan. Ini kerana sukatan yang berlebihan besar kemungkinan
akan memberi kesan sampingan yang tidak baik. Oleh itu, setiap ubatan
yang dihasilkan daripada tumbuhan mestilah disediakan dan diambil dengan
cara dan sukatan yang betul.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai
"Tumbuhan
Ubatan Tradisional" di atas maka boleh
mendapatinya daripada Bahagian Koleksi kami atau menghantarkan sebarang
pertanyaan mengenainya, sila hantarkan e-mail kepada
Web
master. Selain itu anda boleh lah melayari laman web ini "Khasiat
Herba"
Kembali
ke menu
|